Assalamualaikum. Ingin saya bahasakan diri saya dengan panggilan sis. Syukur ke hadrat Allah SWT dapat sis menulis catatan sis buat pertama kalinya. Izikan sis perkenalkan diri. Nama diberi Nur Syafiqah Binti Ab Basir. Berusia 18 tahun. Kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.
PERMULAAN KEPADA SUATU PENGAKHIRAN
Ramai yang tanya sis kenapa pilih bidang kejuruteraan? Kenapa tak pendidikan atau perubatan sebab sis pelajar aliran Sains dan Alhamdulillah, keputusan SPM boleh dikatakan cemerlang. Oleh sebab itulah, entry ini ditulis.
Sis telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering. Andai diberi mesin masa untuk putarkan balik masa, sis akan pilih untuk diputarkan balik waktu mengisi borang UPU dulu. Akan sis buang bidang kejuruteraan dalam senarai bidang pilihan. Sewaktu mula-mula dapat tahu tentang tawaran ini, hati sis hancur, remuk. Bayangkan sis terpaksa menceburi bidang yang tak pernah terlintas dalam fikiran sis.
Sis seorang yang berjiwa sastera dan sangat meminati subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah. Dari kecil lagi cita-cita sis tak pernah berubah, iaitu untuk menjadi seorang pendidik dan seorang peguam. Sis pernah berpeluang untuk menghadiri interview untuk program TESL namun tiada rezeki.
Being an engineering student is not a bad thing at all. Lama-kelamaan sis makin minat dengan bidang ni. Dapat pegang mesin-mesin besar yang sebelum ni memang tak pernah nampak. Dalam kelas, boleh dikira boleh jumlah pelajar perempuan berbanding lelaki. Kiranya majoritinya pelajar lelaki yang memonopoli bidang ni. Tapi itu sebenarnya tidak menjadi satu masalah yang penting, nawaitu itu kena betul.
Baiklah, rasanya setakat ini sahaja coretan pertama sis. Insha Allah saya akan kembali dengan coretan seterusnya.
No comments:
Post a Comment